Thursday, December 22, 2011

adab mengetip kuku ikut sunnah nabi

Di copy paste dari : http://gubukusang.clicdev.com


 Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu. Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.
Kaedah yang paling mudah ialah:-
user posted image

Tuesday, December 20, 2011

Tip cara belajar saat akhir/ last minit

Tip belajar saat akhir/ last minit
1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk

2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.

3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.

4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.

5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

Cara dapat A Matematik Tambahan

Macam dengan Matematik jugalah. Matematik tambahan jika tanya kepada orang pandai mesti jawab kena buat banyak latihan. Jawapan itu memang bukan main-main. Matematik tambahan ini ada tajuk yang sama dengan matematik dan ada yang sama dengan Fizik. Jadi, ada bab yang mesti boleh buat sebab sama dengan subjek lain.Markah lulus SPM matematik tambahan hanya beberapa belas sahaja. Nak dapat A memang ada harapanlah.
Kalau tak mahu buang masa, ambil soalan Matematik tambahan kertas satu dan Kertas 2 peperiksaan seperti SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza.Kalau anda tak buat memang menyesal.
Apa yang penting adalah ambil soalan yang tak tahu dan tanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. Matematik tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. Lepas baca cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu.
*Perhatian: Matematik Tambahan saya tak dapat A, saya cuma beri nasihat sahaja.
======================================
Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan
secara percuma dengan syarat ada pautan balik
======================================

Cara buat jadual belajar

Tak perlu buat jadual profesional dan anda memang tak akan ikut. Dalam hidup ini, saya sudah buat berpuluh-puluh jadual tetapi tak ikut dan dapat belajar satu jadual yang berkesan kalau mahu A dalam peperiksaan. Oleh itu, saya dapat tunjukkan satu jadual yang anda mesti ikut dan jangan guna mana-mana jadual selain yang saya buat!
Saya cadangkan waktu siang anda buat kerja sekolah dan latihan. Manakala dari pukul 8 malam hingga pukul 10 malam baca buku untuk mana-mana subjek 30 minit. Jangan lupa makan malam dan sembahyang! Inilah antara yang diamalkan setiap hari oleh seorang yang dapat semua A bagi semua subjek. Saya cadangkan jangan ikut cara belajar yang lain, nanti anda akan pening. Cukup apa yang saya cadangkan.
Masa siang boleh buat apa-apa yang berkaitan dengan sekolah dan malam untuk belajar peribadi. Pagi pukul berpa pun atau lepas subuh cuba baca subjek yang memang perlu hafal seperti Sejarah dan Biologi. Kalau petang itu sebaiknya buatlah matematik. Saya rasa matematik amat mudah walaupun saya tak suka matematik. Saya dapat kuasai matematik dalam masa singkat dengan membuat soalan tahun lepas dan soalan percubaan, mungkin sebulan atau beberapa minggu sahaja sudah boleh mahir matematik. Jadi, ini merupakan bonus supaya anda dapat ulangkaji subjek lain yang lebih susah.
Macam subjek Fizik dan Kimia, saya tidak buat apa-apa pun untuk persediaan peperiksaan kerana terlampau tidak minat. Tetapi, walaupun saya sangat tidak suka matematik, saya tetap ulangkaji. Ini bermakna, walau apa pun subjek yang anda tidak suka, masih boleh dapat A jika anda mengulangkaji.
Sekali lagi saya ingatkan supaya siang buat aktiviti berkaitan sekolah sama ada sukan, kelas tambahan atau kerja sekolah. Manakala malam baca buku setengah jam bagi mana-mana subjek dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan tidur. Awal pagi esok hafal apa yang patut dihafal. Dalam masa setengah jam saya cadangkan bagi setiap subjek 1 muka surat atau 1 helai.Kemudian buat latihan atau menulis nota atau menghafal. Walaupun peperiksaan anda makin dekat. Buat seperti yang saya suruh dan tak perlu kalut baca nak cepat habis.
Kalau anda baca buku 5 minit,tulis nota 5 minit, hafal, 5 minit, buat latihan 5 minit. Anda akan ada baki 10 minit lagi, suka hati anda hendak buat apa, tengok televisyen atau main “game”. Kalau anda tengok televisyen pun, adakah anda boleh cerita semua yang anda tonton kepada saya? Mesti anda tak ingat rancangan televisyen yang anda tonton minggu lepas? Jadi, jangan tamak nak tengok filem sampai pukul 12 tengah malam.Adakah anda boleh cerita filem yang anda lihat 1 bulan yang lepas? Menonton televisyen sekadar seronok sahaja, tak perlu tengok sampai habis. Lagipun akan ada iklan 5 minit dan menjadi 10 minit atau 15 minit. Anda boleh guna waktu itu untuk baca buku. Inilah jadual secara tidak terancang boleh digunakan.
Bagaimana dengan hari cuti 2 hari seminggu? Buat kerja sekolah samapi habis. Kemudian tengok televisyen atau apa saja. Kemudian baca buku macam hari biasa. kalau malam ini ada filem sampai pukul 12 tengah malam. Anda patut baca buku siap-siap bagi ganti pukul 8 malam hingga 10 malam dan boleh juga baca pada setiap iklan. Anda juga perlu tidur siap-siap 2 jam semasa tengah hari. Ingat anda perlu tidur 7 atau 8 jam sehari. Jangan lebih atau kurang.
Nak makan apa? Orang yang pandai pun makan nasi sama macam kita juga. Kalau suka sayur kubis jangan makan sayur yang tak suka. Makan sederhana saja. Nak makan ayam pun boleh. Bersukan? Saya hari-hari naik turun tangga banyak kali dan rasanya tak perlu senam lagi.Naik tangga masa di sekolah dan naik tangga untuk ke rumah saya di tingkat 3 sambil menggalas buku-buku di dalam beg. terpulanglah kepada anda hendak buat apa untuk bersenam. Jalan kaki pergi dan balik masjid lebih bagus.
======================================
Semua nota dan artikel dalam blog ini boleh disebarkan
secara percuma dengan syarat ada pautan balik
======================================



Thursday, December 15, 2011

Kem Bina Insan :D

Petang tadi baru je pulang dari kem ni ,kem at ,morib,kuala langat,selangor, 3 hari 2 malam aku dekat kem ni,13 hingga 16 Dis, iaitu hari ni..^o^

13 Dis 2011
Hari tu memang kelam-kabut sikit la, pagi tu masa nak pergi tu la macam-macam nak berlaku, "bermesra-mesra" sedikit dgn adik  aku =p. Haha, tapi bak kata pepatah "takkan putus air dicincang" beribu kali "cincang pun tak guna takkan putus... :). Pagi tu semua budak perempuan yg ikut kem ni semua tumpang kenderaan yang dipandu mamaku.
Setelah tiba di kawasan kem tersebut, kami pun mendaftarkan diri, selepas itu masuk ke dewan untuk mendengar taklimat...semasa acara ice-breaking fasilatator tu tanya-siapa yang lahir bulan Januari..aku tgk tak de sape pun yg bangun antara semua peserta perempuan..alamak takkan aq sorunk je....,kawan aku MJ suruh aku bangun,mama pun sama,sampaila de fasi ternmpk situasi tu,dia pun berkata,"xpe dik kat sini open je, jgn takut2,berani kan diri",hmmm...lbih  kurang camtu la yg aku engat...selepas tu aku pun bangu..bila pandg semua pserta perempuan memang aku sorang je yg lahir bulan jan.takpela..selepas tu dye sruh kumpul bulan jan sampai dis mengikut bulan lahir masing2,rupany de peserta yg lahir bulan mei juga berseorangan..dye adek kwn aq, satu sekolah....
saya rasa lebih baek saya berikan kesimpulan dan apa yang saya dapat dalam program ni..
  • menutup aurat di luar solat hendaklah sama spt di dlm solat..cthny..klau mse solat trnmpk kaki batal kan?so kite WAJIB pkai stoking!
  • kite kne sentiasa hormat parent kite..klau parent marah bkn sbb benci ttp tanda syg kpd kite,parent kite nak btul kn ksalhan kite..kerana parent lebih tahu ape yg terbaek untuk kite
  • org yg lebih tua menjadi cth kpd yg lebih muda, org muda spt kanak mudah meniru sikap org yg lebih tua..jika kte suka menjerit2..mereka akn turut sme mnjerit..
  • hargailah jasa ibu bapa kita
  • tingkatkan keykinan dgn mncabar diri berckp di hadapan kelas
  • CABAR DIRI untuk meningkatkan keyakinan diri
  • buatlah senaman setiap pagi
polar bear pun bersenam?
haha..lwak pula pic d atas ni.. terkena i! oklah sampai disini sahaja coretan entry sye hari ini ,sekian terima kasih..
Assalamualaikum  :)